Posts

Projek SpiralGon 5 - Kemahiran dan Pengalaman

Image
Hello, everyone! Hari ini kumpulan kami telah berjumpa buat pertama kalini secara fizikal untuk menguji keberkesanan permainan SpiralGon ini. Ketika projek SpiralGon ini dijalankan, saya sangat seronok untuk melakukan setiap tahap proses untuk membinanya. Terutamanya apabila berjaya mengaplikasi pembelajaran yang saya pelajari dalam kelas menjadi sesuatu permaian yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain. Sebagai seorang ' creators' , saya berharap agar permainan yang dibangunkan untuk pendidikan dapat membantu pelajar menjalani pembelajaran yang menyeronokkan. Melalui projek ini, saya juga percaya bahawa kemahiran saya dalam mencipta sesuatu berasaskan teknologi dapat digunakan pada masa depan untuk membantu dalam perjalanan kerjaya saya. Proses permaian SpiralGon dijalankan.

Projek SpiralGon 4 - Kemahiran Kendiri

Image
Hello, everyone! Kembali lagi dalam perbincangan projek SpiralGon. Kali ini dapat meneruskan perbincangan dengan menyediakan soalan-soalan mengenai topik Polygon bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan pengetahuan dalam pembelajaran. Setelah itu, kami membina permainan video dengan menggunakan aplikasi Metaverse berdasarkan soalan yang telah disediakan. Kami membina 10 video soalan permainan dan menjadikan dalam bentuk QRcodes. QR codes ini kemudian diletakkan dalam board games yang telah kami reka dengan menggunakan aplikasi Canva. Melalui aktiviti ini, saya dapati perancangan dan kemahiran perlu digunakan dalam menggabungkan pelbagai elemen teknologi untuk membina projek inovasi ini. Oleh itu, saya dapat  meningkatkan kemahiran saya dalam teknologi dan secara tidak langsung membantu saya untuk berfikir lebih jauh dalam merancang sesuatu sebelum tindakan dilakukan. SpiralGon Board Games

Projek SpiralGon 3 - Teknologi Dalam Pendidikan

Image
Hello, everyone! Ini merupakan perjumpaan kali ke-3 untuk membincangkan mengenai projek SpiralGon dengan menggunakan aplikali Google Meet. Kami telah merancang untuk menggabungkan elemen teknologi dan juga tradisional dalam membina permainan berdasarkan pendidikan ini. Kami telah memilih ' board games'  dalam pembinaan permainan serta menggunakan aplikasi QR codes untuk scan dadu digital dan juga soalan permainan berasaskan argumented reality apps sebagai bahan utama. Melalui projek ini, saya dapat bahawa teknologi sangat berguna dalam pendidikan untuk menjadikan sesuatu pembelajaran itu menarik dan membawa sedikit kelainan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya juga dapat menambah kemahiran dan pengetahuan dalam pembangunan teknologi yang semestinya memberikan kelebihan kepada saya dalam era kemajuan teknologi kini.

Projek SpiralGon 2 - Komunikasi

Image
Hello, everyone! Perbincangan kedua bersama ahli kumpulan telah dijalankan melalui sesi 'Webex - breakout session' semasa kelas. Kami namakan projek ini sebagai SpiralGon dimana topik Polygon sebagai fokus utama dalam pendidikan yang diterapkan dalam permainan projek innovasi ini. SpiralGon boleh digunakan untuk menambah pengetahuan pelajar tentang polygon, membezakan jenis-jenis polygon, mengira sudut, serta dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan polygon. Kami telah berbincang mengenai struktur game yang akan dijalankan dan membuat draft poster bagi membentangkan idea asas yang ingin dilaksanakan. Pada akhir kelas, saya dapati bahawa komunikasi sesama ahli sangat penting dalam mewujudkan suasana perbincangan yang efektif dan lancar. Jadi, kerja yang dijalankan juga akan menjadi lebih mudah dan tujuan tugasan dapat tercapai.

Projek SpiralGon 1 - Semangat Bekerjasama

Image
Hello, everyone! Harini merupakan hari pertama kami menubuhkan kumpulan dan berbincang mengenai projek innovasi yang akan dijalankan. Semasa perbincangan, kami bertukar pendapat dan saling berkongsi idea mengenai pilihan projek yang ingin dijalankan. Kami juga saling membantu dalam memahami aplikasi teknologi seperti 'argumented reality apps' yang dicadangkan oleh Dr.Azli. Kami memilih aplikasi Metaverse untuk gunakan semasa membina permainan berasaskan pendidikan untuk projek innovasi ini. Fokus projek dan objektif yang ingin dicapai juga dibincangan bagi memudahkan langkah yang perlu dilakukan selepas ini. Setiap ahli memberikan kerjasama yang sangat baik dan aktif semasa perbincangan dilakukan walaupun kami tidak mengenali semasa sendiri ketika itu.  Ahli Kumpulan Projek SpiralGon.  Dari kiri, Ain, Fira, Ely dan Iffah